BARU TAHU PSORIASIS
Assalamualaikum and Hi..
Kembali lagi, sebab aku nak cerita balik.. macam mana dan bila dapat tahu ada psoriasis.
Actually, rupanya aku ada psoriasis ni sejak sebelum kahwin lagi. Time study dekat Universiti Malaya. Cuma, time tak la teruk.. just sikit2..macam kulit kering, then berkuping.. Biasanya dekat rambut. Ingat masalah kelemumur ke. Dan belakang badan ada sikit. Tapi lama-lama hilang juga sendiri. Tak tahu macam mana boleh hilang. Takde pula ambil krim steroid or apa2 krim la.
Tapi, bila lepas kahwin..time mengandung naik lagi.. lagi banyak. Dan hilang begitu saja.
Ok.. paling teruk, adalah mengandungkan anak kedua. Memang naik banyak. Pergi travel lagi tempat sejuk, lagi kering kulit. Pergi check klinik, doktor kata gatal biasa. bagi krim untuk sapu. Tapi tak ok pun.. Sampai lah time nak bersalinkan baby kedua tu, nurse dan doktor tengok.. So, lepas bersalin kena refer dengan doktor kulit. So, waktu umur 28tahun baru la tahu ada sakit psoriasis. Baru la baca tentang PSORIASIS ni. Siap join support group kt fb. Sakit ni tak boleh sembuh, boleh hilang dan boleh datang balik. Sakit auto immune. Boleh down tau sakit ni, yelah kita punya kulit, orang tengok ke. Huhu. Tapi mak kata, dalam family takde yang ada masalah macam ni. Redha la.. Kali ni datang memang lama juga nak hilang. Doktor kata mengandung, memang akan naik banyak.. Body stress. Entah apa yang stress. hehe..
Ini belum habis lagi.. selama berpantas sapu la ubat krim steroid yang dibekalkan.
Nanti post akan datang aku akan cerita, time flare up teruk sangat. Sampai kena warded. huhu sedih sangat.
Thank you yang sudi baca..hehe..Ok.. jumpa lagi.

Comments
Post a Comment